Kalau cakap pasal makanan di VIETNAM kita asyik pikir halal dan haram . Kalau kita takut pergi sendiri lebih baik ambil pakej. Mudah sikit untuk jalan-jalan dan untuk dapat makanan halal .Kat sini juga memag sakan memborong barang-barang.
Masakan kat sini ala - ala Malaysia dan Thai tapi made in VIETNAM. Tak rugi datang sini.
Kalau nak tengok apa makanan yang kami makan kat sana boleh scroll ke bawah>>
1.Makanan yang pertama ini adalah makanan yang dihidangkan semasa kami melawat ke Pulau .... ( tak ingat nama ) . Kami dihidangkan buah - buah tempatan sama je kat Malaysia . Tapi yang lainya ada pencicah yang lain dari kita orang Malaysia . Dan yang penting air tea tu...
2.Makanan kedua pula makan malam kami yang ke dua di Serai Resturant . Makanan 'ala thai' rasanya dan agak pedas . Kami dihidangkan dengan ikan siakap , ayam , telur dada , dan udang masak merah .
3.Yang ketiga ni pula hidangan madu dan limau dan kat sini juga ada kerepek pisang sama di Malaysia rasanya. Tempat ini merupakan kawasan penternakan lebah madu. Madu dihidangkan dengan cara madu dicampurkan dengan air tea dan diperahkan dengan air limau kasturi. Rasanya ....emmmm..Tempatnya semasa kami melawat ke pulau yang sama..
4.Gambar yang ke empat ni pula desert semasa kami makan malam di bandar Ho Chi Min City juga. Desert yang simple tapi cantik. Dalamnya ada kelapa dan jeli.
5.Yang ni pula makanan tengah hari kami di Pulau yang tak tahu nama . Puas jalan - jalan dapat pula makanan yang sedap macam nie memang syok la..Macam - macam ada . Ikan siakap masak sambal , ayam kari , sotong kicap, sayur goreng dan ulam timun.
6.Kat Malaysia pon ada buah kelapa kan..ni kira sampingan sebab kami menggunakan khidmat perahu untuk melawat ke pulau ......(tak tahu nama )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan