NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

11/12/17

SENARAI RAJA DAN SULTAN DI MALAYSIA.

Berikut adalah senarai Raja dan Sultan di Malaysia yang terkini.

JOHOR DARUL TAKZIM


Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar menaiki selepas kemangkatan Ayahda Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ibrahim Ismail pada 23 Januari 2010. Baginda dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Beliau merupakan anak lelaki Sultan Iskandar dan Hajah Kaslom Abdullah. Baginda melantik Tengku Ismail sebagai Tengku Mahkota Johor.


KEDAH DARUL AMAN


Sultan Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan adinda Sultan Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlisahah. Baginda menaniki tahta kejaraan Kedah pada tahun 2017 selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Baginda merupakan anak kepada Sultan Badlishah dengan Tengku Asma. Baginda melantik anakda baginda sebagai Raja Mudah Kedah.


KELANTAN DARUL NAIM


Sultan Muhamad ibni Sultan Ibrahim atau nama sebenar baginda ialah Tengku Faris Petra. Baginda menaiki tahta kerajaan Kelantan pada 13 September 2010 setelah Ayahda Baginda gering. Baginda melantik adinda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan.


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 YAM Tuanku Muhriz ibini Almarhum Tuanku Munawir merupakan anakda YDB NS yang ke - 10 iaitu Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda menggantikan Almarhum Almarhum Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abd Rahman yang mangkat pada tahun 2008. Pelantikan beliau mengikut sistem adat Negeri Sembilan.




PAHANG DARUL AMAN


Duli yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al - Muaazam Shah merupakan Sultan Pahang yang ke VII. Baginda menaiki tahta selepas kemangkatan ayahda baginda iaitu Sultan Abu Bakar pada 8 Mei 1974. Baginda dilahirkan pada 24 Oktober 1930. Baginda merupakan Sultan tertua yang memerintah selepas kemangatan Sultan Kedah iaitu selama 43 tahun.
Sultanah Pahang iaitu Sultanah Hajjah Kalsom.

PERAK DARUL RIDZUAN


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al- Magfur -Lah merupakan Sultan Perak yang ke- 32 selepas kemangkatan ayahda baginda Sulatan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al-Magfur - Lah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Mengikut sistem beraja negeri Perak Raja Muda dilantik mengikut sistem giliran. Raja Muda Perak iailah Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa manakala Raja dihilir ialah Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris

PERLIS INDERA KAYANGAN


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja dan Yang Dipertuan Negeri Perlis Indera Kayangan setelah kemangkatan Ayahda baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail. Baginda melantik anakda baginda sebagai Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizzudin Putra. 


SELANGOR DARUL EHSAN


Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan Sultan Selangor yang ke - 9. Baginda menaiki tahta selepas kemangkatan ayahda baginda iaitu Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah pada tahun 2001.Baginda melantik anakda baginda iaitu Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin sebagai Raja Muda Selangor pada 8 Oktober 2016. Baginda juga telah meperisterikan  Norasyikin Abdul Rahman pada tahun 2016 menjadi Permaisuri Selangor.


TERENGGANU DARUL IMAN


Al - Wathiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ditabalkan menjadi Sultan Negeri Terengganu pada 15 mei 1998 dan menjadi Sultan Terengganu yang ke - 18. Baginda pernah menjadi Yang Dipertuan Agong ke - 13 pada tahun 2006 - 2011. Beliau melantik anakda baginda Tengku Muhamad Ismail sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes