NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

1/12/18

LAWATAN KE VIETNAM ( HO CHI MINH CITY)

Enteri kali ini aku nak share tips atau pengalaman melawat ke Ho Chi Minh City Vietnam. Pada 26 NOV 2018 dengan jayanya program ke Vietnam bersama-sama team Joyah. Ini adalah kali kedua aku ke sana. Tapi kali ini aku pergi dengan pengalaman la kononye. Nak bercuti kesini kena banyak ilmu tau. Sebab kat sini banyak pantang larang.


Ok..let me story
Kenapa korang kena pergi ke sini?
1. Sebab dekat sini adalah syurga membeli belah barang-barang yang sangat murah berbanding di Malaysia. Terutamanya baju kurung dan tudung untuk perempuan dan untuk lelaki banyak jual tshirt dan kasut- kasut yang murah dan berkualiti. Senang citer banyak jual barang-barang spt baju, kasut, seluar, beg dueter dan banyak lagi. Kalau perempuan memang giler membeli, sebab dekat sini banyak jual kain pasang cotton dan lain2. Kalau tudung pulak banyak neelofa la, aryani la, duck la. Nak cakap ciplak tu xberani cakap tapi kualiti tu boleh tahan lah buat kita rakyat Marhaen ni.



2. Sesiapa gemar kembara ke negara orang okla, boleh belajar cara orang luar macam mana. ofcouse lah xsama dengan rakyat kita. Dekat sini payah nak cari pekerja asing, so semua pekerja dia orang Vietnam. Satu hal yang buat aku kagum dekat sini mereka gemar guna Motorsikal daripada kereta. Bukan xada kereta, ada tapi nak dibandingkan dengan motosikal tu kontra sangatlah. Xtahu la reason dia apa. Adakah bilangan golongan miskin lebih ramai dari kaya atau sebaliknya. Yang penting dekat sini kurang penggeluaran gas monoksida kan.

Second 
Nak datang backpaker or pakej.
ok. untuk first time datang better korang guna pakej. Tak mahal jugak, tapi korang kena pandai cari agent la. Kalo pakej memudahkan korang. tu je. Masa aku pergi, 2 kali aku amik pakej. Sebab pergi dengan orang lain-lain kan. Pakej biasanya 4 hari 2 malam. Pakej biasanya campur lawatan dan shopping. So tak rugilah pakej. Hotel tak payah booking sebab hotel dipilih kelas la jugak 3 star/4 star area Bent than ( kawasan pasar malam).Bent Than ni area Malay street. Kalau amik hotel sini malam2 ada pasar malam. so kerja korang shooping. Sebab malam xada lawatan (aktiviti sendiri). Makanan pula jangan risau dia akan pilih restaurant Halal punya. so kalau nak pakej cari 20 keatas boleh murah sedikit. Biasanya pakej dia akan bawak melawat sungai mekong dan kawasan bekas perang vietnam "Chu chi".



Kalau pergi backpaker macam mana pula. Kalo korang biasa pergi backpaker xde masalah. Tapi biasa orang Malaysia ni dia suka pergi pakej. Kalau ada backpaker pon separuh je. Kalo korang tak biasa nak pegi backpaker, korang still boleh pergi, tak susah pon. just need have knowledge tentang tempat korang nak pegi. Nanti aku cerita tips bila berada dekat sana.



Pantang larang melawat ke Vietnam.

1. Jangan ambil kalau ada orang beri kacang.
Bila korang kesana, korang akan perasan lelaki akan beri korang rasa sebiji kacang. Lepas tu dia bagi korang satu plastik kacang. Masa ni korang ingat orang ni baik giler beri rasa kacang. Sebenarnya lepas dia beri korang kacang dia akan minta korang duet. "Market strategic" . kononya lah. Bagi aku cara ni memaksa pembeli membeli. So apa patut korang buat? Jangan ambil sebji kacang pon kalo dia offer.kalo nak amik juga, amiklah. huhu

2. Jangan beri kalau ada orang nak cuci kasut.
Cara ni sama jugak macam jual kacang, tapi market strategic dia dengan cara cuci kasut. So xpayah kalo die nak cuci kasut. Bukan apa perkhidmatan dia beri tu xberpatutan dengan apa yang dia buat.

3. Jangan beli dengan harga pertama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes