TEME ABDULLAH misteri dan tetap misteri.
Kali ini story tentang seorang pelukis jalanan yang misteri. Minat aku dengan TEME, aku harap dapat memberi kebaikan kepada diri ini.
Apa yang aku suka tentang TEME ini adalah ofcoslah dari lukisan dia. Dia ada seorang pelukis lukisan Abstrak (bagi akulah). Aku tengok dia lebih suka lukis lukisan seperti bangunan dan semua lukisannya adalah mesti ada garis. Biasalah arkitek kan. So, apa persamaan yang buat aku suka lukisan dia ialah lukisan bangunan. Aku jugak suka lukis lukisan spt bangunan ni. Tapi lukisan aku tak adalah setaraf lukisa TEME. So setiap lukisan dia akan membuat orang yang melihatnya rasa tenang dan seronok. Yelah sebab lihat benda yang cantikkan. Dia memang seorang pelukis pelan bangunan yang terbaik.
Buku pertama TEME.
First time aku dapat baca buku TEME aku memang baca dengan penuh emosi. Sebab apa. Cerita kisah TEME penuh dengan dugaan. Sampai aku akan kata, kalau aku susah akan ada orang lagi susah. Kalau aku senang, akan ada lagi orang senang dari aku. So, kehidupan kita ini adalah yang paling indah bila kita sederhana.
Secara keseluruhan apa yang aku baca tentang TEME adalah dia susah kerana melukis dan dia senang kerana melukis. ALLAH uji TEME dengan pelbagai kesuakaran hidup dan ALLAH permudahkan dia dengan kebahagian dunia.
TEME seorang yang sangat rendah diri dan sentiasa bertaqwa kepada ALLAH. Pemikiran dia sangat dalam sehingga mengambil kira perkara yang kecil dia berfikir kerana ALLAH. Dialah remaja contoh kepada negara dan kepada diri aku. Untuk jadi seperti dia memang mustahil tetapi untuk jadikan diri kita seorang yang berjaya tak mustahil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan