NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

23/05/19

TAKZIAH PERMERGIAAN SULTAN PAHANG KELIMA

22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadan 1440 di pagi Rabu di bulan ramadan, seluruh rakyat Negeri Pahang terutama bersedih dengan pemergian Sultan Pahang yang dikasihi rakyat jelata. 

Almarhum baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mu'adzzam Shah dilahirkan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal,Pekan Pahang. Al Marhum baginda Sultan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Pekan dan meneruskan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Almarhum Sultan Ahmad Shah merupakan Putera tunggal kepada pasangan diraja KDYMM Sultan Abu Bakar  dengan Tengku Ampuan Fatimah ibni Sultan Idris .

Almarhum mendirikan rumahtangga dengan Almarhumah Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad pada 22 April 1954. Hasil perkahwinan baginda berdua dikuniakan 7 orang cahayamata iaitu Tengku Meriam, Tengku Muhaini, Tengku Aisyah Marcella, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al - Mustafa Billah Shah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Nong Fatimah dan Tengku Shahariah. Namun pada 29 Jun 1988 Tengku Ampuan Afzan telah kembali kerahmatullah. Sultan Ahmad Shah kemudian mengahwini Sultanah Hajjah Kalsom pada  14 Mac 1991 kemudian dikurniakan seorang Putera iaitu Tengku Abdul Fadh Mu'adzam Shah.


Baginda dalam keadaan gering pada awal tahun 2019, maka jawatan baginda dilepaskan kepada anakdanya pada 11 Januari 2019 dan menabalkan Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang ke-6. 

Almarhum merupakan anak kepada pasangan diraja Pahang dan Perak. Ayahda baginda merupakan Sultan Pahang moden yang ke-4 iaitu Sultan sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mu'adzam shah ibni almarhum Sultan Abdullah al-Musstain Billah Shah. Manakala bonda baginda ialah Raja Fatimah ibni almarhum Sultan Iskandar Shah yang merupakan puteri kepada pasangan Sultan Iskandar Shah ibni almarhum Sultan Idris  Murshidul Azzam Shah Rahmatullah (sultan Perak ke-30) dengan Tengku Nong Fatimah ibni almarhum Sultan Sir Ahmad Al -Muadzaam ( sultan Pahang Moden pertama ). Ini bermakna almarhum Sultan Abu Bakar mengahwini Raja Fatimah iaitu sepupu almarhum. 

Almarhum pernah memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-7 pada tahun 26 April 1979 sehingga 25 April 1984 selepas menggantikan Sultan Kelantan yang mangkat ketika itu menaiki takhta YDPA Ke - 6.





nantikan sambungan nanti......  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes