NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

6/06/20

PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN DI PULAU TIOMAN




Dari sebuah Pulau Pertanian kepada Pulau Pelancongan

Salam semua pembaca blog Kacang Dal. Kali ini ada sedikit coretan buat pembaca berkenaan perkembangan sektor pelancongan di Pulau Tioman yang menjurus kepada perkembangan sektor ini di Kampung Air Batang. Perkongsian ini adalah hasil perkongsian cerita orang lama yang menetap disini.

Pulau Tioman mula berkembang sebagai sektor pelancongan pada sekitar tahun 1980-an. Perkembangan ini mempunyai sejarah yang perlu kita tahu bagaimana sektor pertanian pada asalnya merupakan ekonomi masyarakat Pulau Tioman kepada sektor Pelancongan. Kedudukan geografi pulau ini yang terletak kira-kira 32 batu nautika dari tanah besar mempunyai pemandangan yang menarik disamping kaya dengan faura dan fauna. Sejarah telah membuktikan kewujudan Pulau Tioman selaras dengan perkembangan kerajaan Melaka pada abad ke-15. Namun mungkin kerana faktor kedudukan yang jauh dari tanah besar menyebabkan pulau ini hanya terkenal sekitar tahun 1980an. Antara sejarah yang menceritakan kewujudan Pulau Tioman ialah terdapat sepihan tembikar dari China yang ditemui di sini. Kini sepirhan boleh didapati di Muzium Negara.

Kehidupan masyarakat sebelum kedatangan pelancong, ialah mereka mengamalkan ekonomi tradisional iaitu pertanian dan ekonomi sara diri. Bercucuk tanam kemudian hasilnya dijual ke tanah besar iaitu di Mersing. Mersing dan Pulau Tioman adalah dua tempat yang saling bergantung. Dalam filem "Seri Mersing" juga ada sepatah dialog seorang nelayan yang baru pulang dari Pulau Tioman. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Pulau Tioman dan Mersing saling bergantung jika dibandingkan dengan Daerah Rompin.

Hasil pertanian yang di komersialkan antaranya seperti kelapa, timun, labu dan sebaginya. Menurut sumber kegiatan ekonomi komersial ini mula berkembang selepas merdeka sehingga akhir tahun 1980an. Pada tahun 1980an juga masyarakat Pulau Tioman sudah menerima bekalan elektrik dari kerajaan yang beroperasi pada jam 7 malam sehingga 7 pagi dan pada akhir tahun 1980an penerimaan bekalan elektrik sepenuhnya.

Sejarah kemasukan pelancong ke kampung Salang adalah bermula dengan kedatangan sekumpulan warga cina. Mereka datang secara kumpulan dan menginap di balai raya Kampung Salang. Selain itu, kedatangan secara kumpulan dari Maktab Perguruan yang tinggal antara 4 hingga 7 hari.

to be continue 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes