NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

5/04/10

SEJARAH PULAU TIOMAN


PENGENALAN


Pulau tioman  terletak ditengah lautan china selatan antara semenanjung Malaysia dengan Pulau Borneo. Pulau Tioman merupakan pulau yang terletak dibawah naungan Negeri Pahang didalam daerah Rompin .Pulau Tioman terletak kira-kira 32 km dari Mersing. Pulau ini popular kerana keindahan faura & fauna yang terdapat di dalam hutan dan lautan pulau ini .Berlandaskan keindahan Lautan , kepelbagaian Faura dan Fauna menyebabkan pulau ini juga diistiharkan sebagai pulau Ke-10 tercantik di dunia pada satu ketika dahulu. Pulau Tioman juga dikatakan setanding dengan pulau Maldives,tahiti,guam,tongga atau vanuatu di lautan pacific .Di pulau ini anda boleh menyelam sehingga 40 meter kedalaman dari aras laut .Pulau Tioman terkenal kerana sebuah penerbit filem dari hollywood musical yang mengadakan pengambaran  filem yang bertajuk south pacific yang dilakonkan di pulau ini .Tioman juga diistiharkan pulau bebas cukai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahthir Mohamad pada tahun 2003.


Sejarah terbentuk pulau


Menurut cerita dongeng masyarakat di sini, asal usul pulau ini di jadikan oleh sekor naga dari tasik chini. Dua pasang naga(jantan dan betina)berjalan-jalan di lautan china selatan. Dalam perjalanan mereka,kain selendang seekor naga betina terjatuh, lalu si naga jantan terpaksa berpatah balik mencari selendang itu. Suasana damai mendengarkan naga betina akan bunyi ayam berkokok, lalu naga betina menjelmakan dirinya menjadi sebuah pulau buat selama - lamanya .Selain asal Pulau Tioman juga dikatakan akibat si naga betina tersangkut di sebuah pulau kecil yang bernama bukit dato' yang terletak di kampung Juara.


SEJARAH KAMPUNG DI PULAU TIOMAN 

Pulau Tioman terbahagi kepada beberapa buah kampung Utama iaitu Kampung Tekek, Air Batang, Salang, Juara, Mukut, Genting dan Paya . Selain itu Pulau Tioman juga mempunyai beberapa kampung yang telah ditinggalkan antaranya Kampung Lalang dan Kampung Takah


KAMPUNG TAKAH
Menurut cerita orang dahulu Kampung Takah (terletak dibahagian timur laut Pulau Tioman ) diduduki oleh penduduk kampung yang berdagang kemudian menetap disitu. Penduduknya juga tidaklah ramai iaitu antara 20 orang sahaja. Kerja rutin harian mereka ialah berladang dan memancing. Menanam pelbagai jenis pokok dan buah untuk di makan dan didagangkan. Pada suatu hari penduduk kampung terjumpa dengan satu sarang ular bersama telur berdekatan kampung mereka .Ularnya yang sangat besar. Untuk memusnahkan telur ular tersebut mereka telah merebus telur tersebut. Selang beberapa bulan datang satu penyakit melanda kampung tersebut . Sehari demi sehari penduduk kampung tersebut mati akibat wabak penyakit. Mereka terpaksa pergi ke hutan untuk mencari kayu dibuat keranda. Mulai hari itu kampung itu dipanggil kampung Takah. Takah yang bermaksud memotong. Sejak dari itu kampung itu ditinggalkan dan kesannya melanda ke sebahigan kampung Juara. Sejak dari itu juga sebahagian penduduk kampung Juara berpindah di Kampung Tekek. Sehingga kini kampung itu terbiar .

KAMPUNG LALANG
Manakala Kampung Lalang pula tanahnya sudah dibeli keseluruhnya oleh usahawan terkenal untuk dijadikan Resort iaitu Berjaya Beach Resort .  

Kampung- kampung lain kekal hingga sekarang dengan bilangan penduduk yang semakin bertambah.

SEJARAH NAMA PULAU TIOMAN


Nama Tioman diambil sempena nama seekor burung iaitu Burung Tiong. Al Kisah bemula apabila sekumpulan pedagang yang datang ke Pulau Tioman. Lalu mereka ternampak sekor burung tiong yang jinak dibawah jagaan penduduk kampung tersebut.  Lalu salah seorang mereka bertanya kepada seorang penduduk disitu. "Siapakah yang empunya burung ini?'lalu penduduk yang bernama Man itu berkat " itu burung tiong man,tuan" bahasa orang tioman 'man' itu ertinya 'saya' maka kamu ertinya 'aji'. Lalu pedagang itu pun bertanya lagi apakah nama pulau ini lalu "si man" pun berkata "pulau ini tiada nama" lalu pedagang itu memberi nama Pulau ini sebagai Pulau Tioman. Hasil gabungan Tiong + Man = Tioman .


TIOMAN SEBELUM POPULAR


Suatu ketika dahulu tioman merupakan salah satu kawasan perdagangan yang wujud ketika itu .Hal ini, kerana kedudukannya di tengah laulan antara Borneo dan Semenanjung membolehkan pedagang untuk berhenti berehat  .Tioman terkenal dengan nama timuah. Iaitu termasuk dalam sejarah kerajaan maritim yang mengamalkan pedagangan. Mereka juga mempromosi makanan hasil tanaman sendiri seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara buah-buahan ialah kelapa,padi,pisang, ubi kayu , dan sebagainya . Ketika Tioman baru dimasuki penduduk . Faura & fauna di situ sangat banyak . Seperti ikan dan tumbuhan . Kedatangan penduduk juga yang berasal di semenajung malaysia dan juga dari pulau borneo iaitu sabah dan sarawak termasuk juga dari brunie . Kampung Genting juga menyimpan sejarah bahawa sala seorang bendahara pahang yang mati akibat kapal yang dinaiki karam diperairan tioman juga dimakam kan di kampung genting.

Adat 

Tioman juga mengamalkan adat agama islam dan adat melayu yang lain. Oleh kerana penduduk nya berasal dari semenanjun juga.

Perkembangan Tioman


Tioman mula popular kira-kira tahun penghujung 80 an . Hal ini berlaku kerana salah satunya kerana spasukan pelajar dari maktab perguruan di cheras mula membuat perkemahan di kampung salang . Kemudiannya dikuti oleh kaum cina yang sama melihat pontensi dan mereka juga datang ke tioman sekali sekala . Bagi menyambut kedatangan pelancong mereka mula membina rumah panjang dan rumah yang berbentuk A. Selang setahun demi setahun pulau Tioman berkembag maju . Sehingga pengiat filem malaysia mula mengambil tioman sebagai tapak perfileman.Seperti 'Oh fatimah' yang dilakonkan pada tahun 90 an.Walaubagaimanapun sekolah dikatakan merupakan bangunan yang paling lama bertapak di tioman . Kira tahun 1950 an sekolah sudah wujud.


Tioman sekarang
Sekarang tioman sudah tersohor di merata tempat sudah mengenali tioman.kedatangan pelancong yang begitu meningat ke tioman.Pendapatan penduduk pun meningat. Status mereka berubah sekelip mata sahaja.

Trip ke tioman

Menaiki kapal terbang
-Menggunakan perkhimatan Berjaya air(Tel:+65-64816302)/(http://www.berjaya-air.com/) pejalanan melalui udara anda boleh menaiki melalui kuala lumpur iaitu di subang.

Menaiki Ferry
-Anda boleh menaiki mengikuti tanjung gemok @ mersing.
-Ferry yang tersedia seperti Bluerwater & Quek's

Menaiki Kenderaan
-Anda dari kualaLumpur boleh mengikuti jalan ke bahau ke muadzam dan pergi rompin.
-Anda dari singapore terus mengikuti jalan jemaluang dan terus ke mersing.

Aktiviti
Anda boleh melakukan aktiviti seperti:
-Menyelam scuba
-Snorkeling
-Bersiar-siar menaiki bot
-Bersantai di tepi pantai
-Rekreasi air terjun
-Memancing
-Melawat pulau di persisiran tioman
Dan sebagai nya

Perkhimatan & perkejaan di tioman-Balai polis
-Klinik
-Jabatan kastam
-Jabatan laut
-Jabatan pertanian
-Jabatan haiwan
-Masjid
-Shopping kompleks
-Sekolah
-Kedai runcit
-Terminal kapal terbang
-Bomba
-Duty free
-Jabatan taman laut
-Pejabat pos
-Balai polis



By Air 
Berjaya air use services (Tel: +65-64816302) / (http://www.berjaya-air.com/) trip through the air you can take through the mud of the estuary earrings.

Ferry ride
You can take a follow-cape Gemok @ Mersing.
-Ferry is available as Bluerwater & Quek's

Vehicle ride
-You from Kuala Lumpur can follow the road to the latter and went Bahau to Rompin.
-You from singapore continue to follow the path Jamluang  and continue to Mersing.

Activities :

You can do activities such as:
Scuba-diving
-Snorkeling
-Sightseeing boat
-Relax on the beach
-Recreation waterfall
-Fishing
-Visit Tioman Island in the coastal
And as his

Services & Description of work in York, police stations
-Clinic
-Department of Customs
-Department of the sea
-Department of agriculture
-Department of Animal
-Mosque
Shopping complex-
-School
-Grocery
-Terminal planes
-Fire
-Duty free
-Department of marine parks
Post Offices
-Police station 


Resort di tioman

Tioman mempunyai 8 buah kampung utama.Kampung tekek menjadi nadi pulau tioman.
Kampung tekek merupakan pekan bagi penduduk di tioman.Kampung yang merupakan kampung utama di Tioman seperti Salang.Air Batang.Paya.genting.mukut dan juara.
Di setiap kampung mempunyai resort, kedai makan,kedai cendramata dan sebagai nya.
Untuk pengalaman lebih anda boleh  melalui pakej.Dan jika anda berseorangan anda boleh mencari bot sewa untuk pergi ke sesuatu tempat.Jika anda membawa bajet lebih anda boleh mencuba scuba.Begitu juga di setiap kampung mempunyai scuba.



www.southpacificchalet.blogspot.com  more information please click here .

Sumber : Orang asal Pulau Tioman , Puan Hajjah Halimah dan Puan Hajah Rafeah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes