NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

22/03/21

KES COVID PERTAMA DI PULAU TIOMAN



Ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi, kerana kau tuipkan sedikit ujian untuk hamba-Mu di PulauTioman. Segalanya adalah datang darimu untuk memberi peringatkan kepada diri kami bahawa kita mesti mensyukuri nikmat Allah yang telah berikan. Hari ini artikel kita mengisahkan kronologi Kes Covid yang pertama di Pulau Tioman. Pulau Tioman merupakan antara tempat yang masih belum merekodkan kes Covid sejak PKP 1.0 pada 18 Mac 2020 dijalankan. Segalanya ujian Allah bagi kita yang tidak mampu melawan takdir-Nya.  

Kes pertama direkodkan adalah pada tarikh 12 Mac 2021 dengan nombor kes 3929. Kes merupakan salah seorang dari kumpulan pekerja dibawah syarikat NGO. KKM segera membuat saringan bersasar kepada kontak rapat CC1 pada hari berikutnya. Kemudian KKM membuat saringan kepada semua penduduk Kampung Air Batang yang berjumlah lebih dari 100 orang dan pada 17 Mac 2021 dan pada 21 Mac 2021 keputusannya adalah negative.     Magsa positif segera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

Kes kedua pula dilaporkan pada 14 Mac 2021 dengan nombor kes 3945 merupakan serorang penjawat awam. Magsa telah dihantar ke HTAA untuk mendapatkan rawatan disana.     Pihak KKM segera membuat saringan kepada 86 individu yang merupakan kontak rapat di Kampung Tekek.

Kemudian kes Covid mencatatkan peningkatan pada hari berikutnya (15 Mac 2021) iaitu seramai 14 kes telah direkodkan. Mereka merupakan kontak rapat bagi kes 3929. Mereka adalah terdiri daripada ahli kumpulan pertubuhan NGO yang mengusahakan perniagaan di Kampung Air Batang Pulau Tioman. Jadi kluster yang diberi nama ialah kluster Air Batang. Pada 16 Mac 2021 terdapat 2 lagi kes dilaporkan yang menjadikan jumlah Kluster ini seramai 17 kes yang disahkan positif. Kesemua magsa yang disahkan postif telah dibawa keluar ke kuantan oleh pihak Polis dan Jabatan Laut pada 17 Mac 2021.


Kes Covid di Pulau Tioman terus meningkat dengan pengesanan kes baharu di Kampung Juara dan kes ini dilaporkan pada 19 Mac 2021. Seramai 6 orang dipercayai positif selepas mangsa melaporkan status kesihatan semakin menurun. Nombor kes ialah 3988 - 3993. Menurut laporan dari KKM, kes ini merupakan kluster Air Batang, tetapi hendaklah diperbetulkan bahawa kes di Kampung Juara adalah kluster berbeza dengan kes Kampung Air Batang. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut dan kita hanya mengikuti laporan dari KKM sahaja.

Pada 21 Mac 2021, 2 lagi kes dilaporkan positif yang merupakan kontak rapat bagi kes di Kampung Juara. Mangsa telah dibawa keluar pada hari yang sama. Pada 22 Mac 2021 semua penduduk Kampung Juara perlu menjalani swab test dan diminta kuarantikan diri sehingga 2 April 2021. Berlaku masalah penghantaran sample ke kuantan, maka penghantaran sample ditanggukan. Pada 24 Mac 2021, 420 sample covid test berjaya sampai ke Kuantan dengan bantuan Bomba Penyelamat dengan menaiki Helikopter.

Pada 23 Mac 2021, sebanyak 26 kes baharu dilaporkan positif oleh KKM. Kesemua merupakan kontak rapat bagi kes 3988 - 3993. Kesemua mangsa yang positif kali ini tidak dihantar ke Kuantan atau Muadzam dan sebaliknya mereka akan tinggal di PKRC Pulau Tioman yang baru sahaja diisytiharkan di Asrama SMK Tekek.



akan disambung kemudian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes