NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

20/08/21

TAHNIAH DATO' SERI ISMAIL SABRI DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-9

 



Krisis politik kali kedua selepas PRU-14 telah ditamatkan dengan perkenan Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah melantik Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. YdPA telah mengadakan mesyuarat Di-Raja bagi membincangkan pelantikan ini. 

Krisis politik ini merupakan krisis politik kedua selepas krisis politik pertama dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke - 8.

Pilhanraya ke -14 kita menyaksikan tiga kali pertukaran kerajaan yang merupakan peristiwa pertama berlaku kepada politik Malaysia. Peristiwa ini merupakan sejarah besar bagi negara. Pru-14 kita menyaksikan kemenangan Pakatan Harapan dengan meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7. Tun Dr Mahathir yang sebelumnya merupakan musuh besar bagi Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. Namun kini boleh membina sebuah pakatan. 

Pertukaran kerajaan PH kepada PN berlaku pada Mac 2020 dimana kesepakatan Bersatu + Azmin Ali melalui langkah Sheraton menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yasin dilantik sebagai Perdana Menteri. Dari situ bermulah sejarah Covid-19 melanda dunia sehingga 20 Ogos 2021 yang mencatatkan kes harian sebanyak 23,564 di hari pengumuman Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9.

Peristiwa perubahan kerajaan kali ke-2 berlaku apabila Majlis Tertinggi Umno meminta ahlinya menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yasin. Namun hanya 15 Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan secara rasmi. Hal ini menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yasin kekurangan sokongan dalam parlimen dan menerima desakkan dari pembangkan untuk Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai PM. 

Ismail Sabri dilantik kerana menerima jumlah sokongan sebanyak 115 undi dari pelbagai parti politik yang menidakkan Pakatan Harapan yang majoriti dari bukan Islam untuk membentuk kerajaan. 

Dato Seri Ismail Sabri merupakan Timbalan Perdana Menteri paling singkat menjawab jawatan dan menjadai Timbalah Perdana Menteri paling singkat menjawab jawatan sehingga menjadi Perdana Menteri. Namun kerajaan pimpinan Ismail Sabri dijangka tidak lama, kerana tarikh PRU 15 sudah semakin hampir. 

PRU 15 akan menyaksikan pilihanraya terbesar dalam sejarah Politik Malaysia. Hal ini kerana kita akan menyaksikan perpecahan yang besar bagi Parti orang Melayu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes