NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

19/11/24

SENARAI MENTERI BESAR,KETUA MENTERI DAN PREMIER DI MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berparlimen. Hal ini bermakna negera kita mempunyai dua orang ketua iaitu, ketua Negara dan Ketua Kerajaan. 

Ketua Negara bagi persekutuan kita ialah Yang Dipertuan Agong, manakala ketua Negeri ialah Sultan, Yang dipertuan Besar dan Raja bagi negeri yang mempunyai Raja. Bagi negeri yang tidak mempunyai Raja digelar sebagai Yang di-Pertua Negeri.

Ketua kerajaan bagi persekutuan ialah Perdana Menteri, manakala ketua kerajaan bagi Negeri digelar sebagai Menteri Besar (negeri yang mempunyai Raja), Ketua Menteri (negeri yang tidak mempunyai Raja) dan gelaran Premier bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri yang terbaharu 2024.


1. PERLIS INDERA KAYANGAN


Yang Amat Berhormat Tuan Haji Mohd Shukri bin Ramli 

2022 - sekarang 


2. KEDAH DARUL AMAN


Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Mad Nor

2020 - sekarang


3. PULAU PINANG PULAU MUTIARA 


Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow

2018 - sehingga sekarang


4. PERAK DARUL RIDUAN



Yang Amat Berhormat Dato Seri Saarani Mohamad 

2022 hingga kini 


5. SELANGOR DARUL EHSAN



Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Shari 


6. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminunddin bin Harun

2018 - sekarang


7. MELAKA BANDAR BERSEJARAH



Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh

2023 hingga sekarang


8. JOHOR DARUL TAKZIM 



Yang Amat Berhormat Dato Onn Hafiz Ghazi

2022 hingga kini 


9. PAHANG DARUL MAKMUR



Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

2018 - sekarang


10. KELANTAN DARUL NAIM 



Yang Amat Berhormat Dato Panglima Perang Dato' Haji Mohd Nasaruddin bin Daud

2023 hingga kini


11. TERENGGANU DARUL IMAN 


Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar 

2018 hingga kini 


12. SABAH DIBAWAH BAYU



Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor 

2020  hingga kini 


13. SARAWAK BUMI KENYALANG 



Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zahari  bin Haji Openg

2022 hingga kini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes