Kejadian jerebu merupakan perkara yang biasa berlaku setiap tahun. Namun pada tahun 2026 merupakan sejarah jerebu yang sangat dasyat menyebabkan banyak sesi persekolah terpaksa ditutup pada bulan Oktober 2026. Hari ini 13 Oktober 2026 banyak negeri telah melaksanakan perintah sekolah secara PdPr.
Hari ini sahaja 4 buah negeri dan beberapa buah daerah telah melaksanakan pengoperasian sekolah secara PdPr. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan awam, malah menjejaskan pengoperasian sekolah terutamanya murid yang akan mengambil SPM tidak lama lagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan, dimana kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebih 200 akan melaksanakan penutupan sekolah.
Di Pulau Tioman sahaja bacaan mencatat 150 keatas lebih seminggu. Hari ini 13 Oktober bacaan mencatat penurunan dari semalam iaitu 200 kepada 180. Namun bacaan masih lagi dalam paras bahaya.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan