NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

30/08/12

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMAH RUSDIYAH


TAKZIAH  buat keluarga Allahyaharmah Rusdiyah . Beliau merupakan pelajar terbaik STPM 2009 di SMK TANJUNG GEMOK . Pemergiaan beliau semalam ( 30 ogos 2012 ) merupakan kehilangan besar bagi yang mengenali beliau terutama keluarga , guru - guru , dan rakan - rakan beliau .

Beliau umpama permata bagi guru - guru TINGKATAN 6 SMK TANJUNG GEMOK . Hari semalam semua orang sedih dengan pemergian beliau yang terlibat dengan tragedi kemalangan jalan raya . 
Beliau juga seorang yang baik , rajin , bersemagat , bercita - cita tinggi dan periang . 


Beliau juga dikatakan seorang yang tidak kedekut ilmu . Segala ilmu yang beliau dapat akan dikongksi bersama . Cikgu Rosnah sering cakap . " saya suka zaman rusdiyah , diorang bagus . suka buat study group , wat nota .......

Sempat juga aku bertemu dengan beliau 2 hari sebelum ajalnya di mana guru - guru TING 6 mengadakan jamuan semperna Hari Raya . Tidak sangka jamuan itu jamuan terakhir bersama beliau . Pernah juga aku jumpa beliau masa kem tahun lepas . Memag beliau seorang yang periang .

Beliau merupakan seorang pelajar SMK TANJUNG GEMOK yang memperolehi keputusan STPM cemerlang pada tahun 2009 dengan mendapat PGK 4.00 . Kehebatan beliau menjadi sejarah terhebat bagi sekolah itu . Namanya sering disebut oleh cikgu - cikgu aku kerana semagat beliau untuk berjaya sangat tinggi . Sekarang beliau sedang belajar di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA ( UIA ) dan berada di semester ke dua  .

walaupun beliau tak kenal aku tapi aq tetap kenal dia.

Allhamdulilah jenazah beliau selamat disemadikan kira - kira jam 12 malam tadi ( 30 ogos 2012 ) .

Hari ini beliau sudah tiada . Aku hanya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang soleh . walaupun aku kurang mengenali beliau tetapi kehebatan beliau aku kenal . 

Kata - kata terakhir yang diberitahu oleh orang - orang yang terakhir bersama beliau :

Murid : Cikgu hati - hati bawa motor . 
Beliau : Orang yang bawa motor x perlu berhati - hati . Orang yang bawa kereta kena hati - hati .

so , berhati - hati la ketika membawa kenderaan . jangan disebabkan kita nyawa orang tergadai . 

P/s : Saya harap cikgu - cikgu terutama cg Liza dan Rosnah banyak - banyak bersabar dan begitu juga kepada rakan - rakan beliau banyak bersabar dan kuatkan hati . Insyallah orang yang baik Allah lebih sayangkan dia .

Cikgu sesungguhnya segala ilmu mu akan dibawa oleh anak murid mu hingga 
ke akhirat . 

"Sesungguhnya pemergian mu meninggalkan sejarah yang telah kau ukir cantik buat pedoman generasi mu ."

AL - FATIHAH ......amin....

3 ulasan:

  1. saya syahrir abang arwah..mohon share artikel ni..

    BalasPadam
  2. takziah untuk syahrir, faez sekeluarga...

    BalasPadam
  3. ok..hanya dengan menulis artikel ini saja yg dapat meluahkan rsa bangga kerana kenal beliau . semoga keluarga beliau tabah mengahadapi dugaan ini , semoga pemergiannya aman sana

    BalasPadam

Post Top Ad

Blossom Themes