16/08/12

DRAMA 'MASIHKAH ADA RAMADAN '



Drama bersiri yang ditayangkan di Astro prima betul - betul menyentuh perasaan aku . Sesiapa tak tengok memag rugilah . Drama selama 3 jam ditanyangkan setiap hari Isnin . Drama hanya 4 episod ini banyak memberi pengajaran kepada yang menontonya .Drama yang mengunakan 90 % loghat Terengganu dan berlatarkan suasana kampung di tepi laut .

Drama yang mengisahkan tentang sebuah kehidupan keluarga kampung di Terengganu . Aminah ( Mok Nah ) dan Rahman ( Pok Man ) amat kesal dengan sikap anaknya yang sudah bertahun - tahun meninggal . Sehingga Aminah mengatakan " kalau ramadan tak datang pon tak apa " . Disebalik kata - katanya tersimpan sebuah cerita .

Mok Nah : Dia berkata begitu kerana dia tidak sanggup melihat anak - anak nya melakukan dosa pada bulan ramadan .

Zali : Merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik . Dia seorang yang pintar dan anak yang solleh . Dia dapat melanjutkan pelajaran nya ke Luar negara . Setelah mendengar kata - kata ibunya . Di segera berjumpa dengan semua adik beradiknya untuk menaytukan keluarganya semula . disebalik perbuatannya itu juga tersimpan sebuah cerita .

Semasa dia belajar di luar negara dia telah menjalani rawatan kerana dia telah menghidap barah . Dia terpaksa memanjangkan masa belajar . Dia memberi alasan kepada ibu bapanya hendak bekerja disebaliknya dia menjalani rawatan .  Dia tidak mahu memberitahu kepada ibu bapanya kerana memikirkan keadaan keluarganya yang bergolak . Dia tidak mahu ibu bapanya sedih dengan keadaanya .

Setelah pulang ke negara dia segera berjumpa dengan abang dan kakak nya supaya pulang ke kampung untuk beraya bersama . Sehinggalah tiba pada 15 ramadan dia meninggal dunia .

Dia menyembunyikan penyakitnya sehingga tidak berkahwin dengan pilihan ibunya keran dia fikir dia tidak mampu bahagia kan Gayah .

Ibrahim : Merupakan abang yang sulung dan yang paling rapat dengan zali .
Ibrahim lakonan eman manan mempunyai sebuah syarikat pembekal makanan dan seorang yang kaya . Akibat kaya dia lupa pada agama . Ibrahim yang suka  meninggalkan puasa dan tidak bersolat menyebabkan anak - anaknya turut sama terikut . 

Mustafa : Seorang yang alim tetapi lupa akan tanggungjawab kepada isteri dan anak - anak . Bila tiba bulan puasa dia mesti ke Makkah . Alasanya untuk meningkat amal ibadat yang penting kepada diri sendiri .

Zaharah : Juga sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak . Sering bergaduh dengan suami .Bila tiba puasa dia sering balik lewat dan tidak memikirkan hal suami dan anak anak . Alasanya berbuka dengan kawan . Pergaduhan besar apabila dia mengekori suaminya dan terserempak suami nya bersama wanita pejabatnya .

Kisah keluargan yang banyak memberi pengajaran . Terima kasih kepada pencipta Kisah ini .




Gandingan para pelakon yang mantap memberi suatu emosi yang tidak dapat dilupakan .
Load disqus comments

1 Alasan Murid: