Puisi yang ini banyak cacat cela dan perlu di baiki.Yelah puisi budak mentah dan budak yang ingin mencuba diri dalam melibatkan diri dalam dunia penulisan puisi.
INILAH PUISI REBUNG
Assignment aku kali ini diminta menyiapkan 15 puisi yang bertemakan terima kasih .3 minggu memikir nak buat benda ini. Tapi ini je yang mampu. Apakan daya. Tapi ia satu cabaran jugak bagi aku.
Semua nya terima kasih
terima kasih tuhan
terima kasih ibu
terima kasih ayah
terima kasih guru
terima kasih sahabat
BUKU RAHSIA IBU
Ibu…..
Rautan wajah
tuamu jelas terpancar
Menyimpan sebuku
rahsia
Buku rahsiammu
yang tertulis
Adalah
keperitanmu yang tak siapa tahu
Sembilan bulan
engkau Menanggung derita
Dipejam Nampak
kelam
Di celik Nampak
perit
Namun engkau
masih menyimpan buku rahsiamu
Ibu…..
Terima kasih
atas jasamu
TARUHAN AYAH
Ayah……
Engkau
pertaruhkan kudratmu
Segalanya
Untukku
Engku
pertaruhkan masamu
Segalanya Untuk
ku
Engkau
pertaruhkan nyawamu
Segalanya
Untukku
Ayah……
Hari ini aku
menikmati taruhan kudratmu
Hari ini aku menikmati
taruhan masamu
Hari ini aku
menikmati taruhan nyawamu
Namun
Sempatkah engkau
menikmati
Balasan budi mu?
Hanya terima
kasih sebagai hadiah buatmu
SAHABAT KAU DAN AKU
Sahabat…..
Engkau dan aku
Dua merpati
berbeza rupa
Namun engkau
adalah anugerah terindah
Bila sayapku
patah kau baluti aku
Dengan kemesraan
Bila aku terbang
jauh kau menarikku
Dengan kasih
sayang
Bila aku malas
terbang
Engkau ajarkan
aku
Dengan
bersungguh sungguh
Dalam dunia
tuhan ciptakan
Engkau banyak
Namun engkau
umpama
Sebutir pasir
dalam seluas lautan
Terima Kasih
sahabat
SAHABAT
Sahabat…..
Terima kasih
bagimu bagai aliran sungai
Yang akan
berlalu pantas meninggalkan hulu
Tetapi terima
kasih ku umpama tasik yang tenang
Sahabat….
Di kala aku
tenggelam di lautan
Kau menarikku
Dikala hati ini
tiada penghalang
kau penghalang
aku
Sahabat..
Terima kasih
amat mudah
Kerana tiada apa
yang berharga
Setanding
dengan dirimu sahabat
GURU
Guru…
Walaupun
pertamuan kita
hanya sepintas
masa
Namun kota
ingatan ku
segar namamu
walau diri ini
jauh darimu
namun doaku
sebagai jambatan
engkau penyuluh
obor semangatku
penyuluh jalan
kejayaanku
akan ku guna
obor ini sebagai
pegangan dalam
hidupku
Perit jerit kau
mendidik aku
Sehingga aku
bias berdiri sendiri
Engkaulah
inspirasi ku
Terima kasih
guru ku
TERIMA KASIH TUHAN
Ku hirup udaramu
Ku makan
makannamu
Ku hidup
berbumbungkan langitmu
Ku berdiri
berlantaikan tanahmu
Ku menikmati
airmu
Ku bersyukur
seadanya atas kurnianmu
Engkaulah maha
pencipta seluruh alam
Sekepal daging
menjadi manusia
Engkau jadikan
manusia itu sempurna
Engkaulah maha
mengasihi
Terima kasih tuhan
IBU
Air tangamu
membesar akan aku
Ikhlas hatimu
kau
Taburkan dalam
masakan mu
Kau sematkan
agama dalam dinding hatiku
Kau perkukuhkan
konkrit imanku dengan ajaranmu
Kau pahatkan
ilmu di dada ku
Murninya engkau
Umpama sejernih
air
Membelaiku
dengan kasih sayang
Mendidikku
dengan ketabahan
Itulah engaku
ibu permaisuri hati ku
KERTAS KOSONG
Sahabat….
Apabila hati ini
menutup tirai
Kau nyalakan
cahaya
Apabila hati ini layu
Engkau sirami
air
Apabila hati ini sakit
Kau merawatinya
Sahabat…..
Kau lah satu
satunya
Engkau telah
meloretkan kehidupanku
Dalam sehelai
kertas kosong
Menjadi sebuah
lukisan
Terindah dalam
hidupku
Yang menjadi
hiasan diri ku
AYAH SUDAH TUA
Ayah sudah tua…
Pulang dan
kudrat ayah masih muda
Kerana anak anak
ayah masih dibawah mentari
Ayah lupa ayah
sudah tua
Pagi pagiayah
sudah tiada
Kami bangun
maahari hari sudah berdiri
Kami cari ayah
Kami ayah lupa
mencari rezeki
Kami sudah
Berjaya
pagi pagi kami
sudah tiada kerana
anak anak kami
juga
waktu cuti kami
ke kampong
kami lupa ayah
sudah tiada
MASAKAN IBU
Leteran ibu
menyengat di tellinga ku
Cubitan ibu
menusuk ke jiwaku
Namun apabila
kau pergi
Jasadmu mu
terkapar
Ibu….
Tidak boleh
berbicara apa apa
Tiada masakan
sesedep masak mu ibu
Ku amat merindu
masakanmu
Ku amat merindui
belaian mu
Ibu…
Tanganmu bias
mengoncang dunia
Hati tulus
selembut kabus
Engkaulah idola
hidupku
Engkaulah ratu
hati ku
TERIMA KASIH
Terima kasih..
Kata yang mudah untuk dilafazkan
Tetapi adakah ia seikhlas hati?
Tenang melafazkan tetapi sakit didalam
Berlegar-legar difikiranku
Keluhan berpanjangan membuatkan diriku layu
Terasa diriku hancur menjadi cebisan kaca
yang tak bermakna
Tatkala merasakan apa yang dilakukan
Hanyalah sekadar di pinggiran
Terima kasih..
Mampukah ia menyembuh rasa hati
Dikala hati pilu merenung kegelapan malam
Kebahagiaan apakah ini
Ucapan hanya dilontarkan tanpa keikhlasan
Adakah ini ciptaan yang direka
Aku buntu mencari jawapan
Jawapan yang mampu membuatkan ku terharu
Terima kasih..
Kini telah ku ketahui jawapannya
Bukan sekadar lafaz yang dicari semata
Tetapi ketulusan daripada jiwa yang
dilahirkan
Kini aku mengerti..
Melafazkan tidaklah penting jika kita tahu
cara menghargainya..
GURU
Ku aturkan terima kasih
Untuk jasamu tak ternilai
Walau tak berharga
Namun ia ikhlas dari lubuk hatiku
Jasamu
kau ajarku tanpa rasa bosan
Kau layan kerenah ku tanpa rasa marah
Kau layanku tanpa rasa jemu
Kau berpegang pada tanggungjawabmu
Tidak pernah rasa jemu dan bosa
Engkau mendidik anak bangsa mu
Walau pelbagai halangan kau teguh bediri
Engkau adalah wira hidup ku
Terima kasih guruku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan