NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

3/03/13

IHSAN NOORZALI

Semester 2 berada di UPSI, aku mengambil subjek Penulisan Puisi bersama kawan aku. Nak try amik penulisan puisi sebagai pengayaan diri. Setiap pelajar UPSI wajib mengambil subjek ini. So, aku decide dengan member aku amik subjek ini. Seronok-seronok masuk kelas ni. Yang sedihya waktu kelas ni lepas solat Jumaat. Aku ni kalau kelas lepas jumaat lemah sikit. Aku rasa setiap lelaki akan merasai perasaan yang sama kot.

Kali ni aku nak review seorang saterawan iaitu lecturer aku bagi subjek ni.

Bismillah..

Ihsan Noorzali atau nama sebenarnya Gazali bin Din adalah pensyarah saya dalam krusus Pengayaan Diri PENULISAN PUISI UNTUK PENERBITAN di UPSI dan merupakan Fello Kolej Harun Aminurrashid. Amatlah bersyukur dapat bergurukan seorang insan yang mempunyai bakat dan kebolehan yang tersediri terutama dalam bidang bahasa.

Aku  begitu  kagum dan dapat mengenali dengan beliau yang merupakan penulis puisi terkenal . Karya beliau mencecah hampir 200 naskah yang amat mengagumkan. Bila masuk kelas aku sangat suka mendengar cerita-ceritanya dan pengalaman beliau sepanjang menjadi penulis. Puisinya banyak tersiar dalam Mingguan Malaysia, DPB, Berita Harian, Pustaka dan sebagainya ,

Penulis yang sangat ceria dan sentiasa senyum membuat semua orang sangat senang dengan beliau. Harapan semoga beliau dapat meneruskan perjuangan walaupun diatas sekeping kertas tetapi ia merasuki jiwa setiap pembaca .

Antara karya beliau yang mendapat perhatian ialah Ceritera dari rumah kegelapan yang berjaya mendapat anugerah yang di sampaikan oleh Tun Mahathir di Langkawi pada 4 julai 2004 . Puisi ini adalah luhan hati Ihsan Noorzali yang mengisahkan PPSMI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes