Assalamualaikum dan salam sejahtera dan terima kasih kerana mengunjugi ke Blog saya. So kali ini aku nak story tentang aktiviti apa yang boleh buat dekat Pulau Tioman. So, sebelum kita pergi jauh you all kena kenal dulu dengan Pulau Tioman sebelum korang datang. Maksudnya apa yang menarik dan keadaan dekat sini macam mana.
Ok, yang pertama korang kena tahu Pulau Tioman bukan macam Langkawi jika nak dibandingkan. Dekat sini tak ada cable car, shopping complex, Aquaria dan sebagainya macam Langkawi ye. So you all jangan imaging Tioman macam Langkawi.
Pulau Tioman terdapat tujuh kampung utama yang berbeza suasananya dan terdapat lebih 5 buah resort pensendirian sekitar Pulau ini. So, you all kena tahu dekat mana korang nak duduk. Kalau you all bergaji banyak bolehlah duduk dekat resort - resort persendirian yang harganya boleh tahan, paling murang RM400 - RM 1500 semalam. So, kalau korang nak dapatkan chalet harganya sekitar RM50 - RM200 semalam korang boleh check chalet -chalet area Kampung Salang, Tekek , Air Batang, Juara, Paya, Genting dan Mukut.
Kampung mana paling cantik. Kalau nak cantik semuanya cantik dan harga pun boleh mampu. Aku tak suggest mana-mana kampung sebab aku dah cerita dekat artikel yang lepas, so you all boleh cari semula artikel tu.
Pulau Tioman terkenal seluruh dunia kerana batu karang dan lautnya yang biru kristal. Jadi kalau you all tak berenang atau scuba, you all tak dapat tahu apa yang istimewa dekat sini.So rasa bertuahnya Pulau Tioman kerana Allah telah ciptakan laut yang cantik, batu karang yang masih terjaga dan hutan masih belum diterokai. Jangan haraplah korang nak dapat cable car dekat sini. a bit boring bagi siapa yang tidak menikmati ciptaan Tuhan.
So, aku senaraikan antara aktiviti menarik yang boleh korang buat jika datang ke Pulau Tioman.
1. SCUBA
Scuba adalah aktivit yang pertama paling win kalo korang nak buat. Tapi kosnya agak mahal sedikitlah. You all kena amik lesen dulu baru boleh amik fun dive. Dekat area Tioman aku rasa lebih 30 kedai scuba yang ada di setiap kampung.
2.SNORKELING
Snorkeling pula adalah aktivit wajib kalau korang datang. Korang boleh snorkeling dekat mana sahaja sebab sekeliling Pulau ni penuh dengan coral yang sangat cantik yang masih terjaga. So kalau korang tinggal di Kampung Air batang, korang just sewa set snorkeling sekali dengan life jacket (kalau tak pandai berengang). Harga pun boleh tahan antar RM 15 - RM 30 sehari.
Kalau korang nak lebih advance korang boleh amik pakej Island Hoping ke pulau -pulau berdekatan. Normally pakej nom 1 adalah pergi ke Coral Island. Kalau dekat kampung Air Batang harganya RM 85 seorang. Coral Island pulau dia memang cantik, pasir halus dan lebih banyak coral. Selain itu ada lagi pakej murah-murah harga RM 60 snorkeling ke Pulau Rengis/Tomok atau Soyak. Pulau paling dekat dengan Tioman.
3.JUNGLE TREKKING/HIKING
Aktiviti ni jarang aku tengok orang melayu buat. Tapi yang berminat bermain dengan hutan dekat sini pon seronok. Antaranya korang boleh cuba jungle trekking ke Kampung Juara yang mengambil masa 3 jam perlajananya. Sepanjang perjalanan korang jumpa sungai, pokok-pokok hutan dan air terjun.
Dekat kampung Air Batang juga ada pakej 'Night Jungle Trekking'. So, korang akan bermalam dalam hutan semalam. Pengalaman tidur dalam hutan paling win. So korang kena gunakan guide untuk ke sana. Harga aku tak sure.
Selain jungle trekking dekat Tioman korang bole hiking ke Gunung Kajang dan Gunung Nenek Semukut. Setahu aku untuk ke Gunung Kajang hanya terdapat guide dari Kampung Air Batang, Juara dan Paya sahaja. Kampung lain rasa aku xada. Kalau hiking ke Gunung Nenek Semukut hanya di Kampung Mukut. Segala aktiviti hiking atau Night jungle Trekking korang kena dapatkan guide. Kalau korang nak jungle trekking ke Kampung Juara korang boleh lakukan sendiri dan jungle Trekking ke Kampung Juara hanya boleh dilakukan dari Kampung Air Batang atau kampung Tekek sahaja.
5.ROUND ISLAND
Bagi yang mempunyai bajet yang lebih korang boleh amik pakej Pusing Pulau (Round Island). Kalau dari kampung Air Batang harganya RM 150 seorang. Apa yang boleh korang buat ? Sepanjang korang round island korang bole melawat Asah Waterfall dan snorkeling. So, korang boleh buat 2 aktiviti dalam satu masa dan korang dapat menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan korang.
JIKA BERMINAT ANDA BOLEH WHATSAPPS/ CALL SAYA
EN.AMIRUL - 019-7085647
KORANG BOLEH TANYA APA AJA TENTANG TIOMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan