Dapur bujang hari ini memperkenalkan masakan kampung iaitu Pucuk Ubi masak lemak tempoyak. Kalau sebut tempoyak ni biasanya masak ikan patin tempoyak. Kali ini kita masak tempoyak dengan pucuk ubi. Mungkin ada yang pernah rasa mungkin belum. Yang belum boleh teruskan membaca ya.
Masakan kampung adalah tekak masyarakat Malaysia. Duduk jauh manapun tetap nak masakan kampung. Kali ni aku nak share dengan korang macam mana nak masak Pucuk Ubi masak Lemak Tempoyak.
Masak pucuk ubi masak lemak ni ada dua cara yang aku tahu. Firstly masak lemak biasa dan satu lagi masak lemak tambah tempoyak. Dua-dua kalau makan memang syok.
Bahan - bahan :
Pucuk Ubi
Santan 1 biji
Cili Padi 5- 10 biji
Tempoyak 2 sudu
Bawang Besar seulas
Serbuk kunyit 1 sudu teh
Garam Halus 1 sudu teh
Ajinomoto 1 sudu teh
Ikan Rebus 1 ekor
Cara - Cara :
1. Potong pucuk ubi kecil-kecil, xpayah nak letak segugus gitu.
2. Kemudian korang celur sehingga tukar warna hitam. Anggaran 5-7 minit.
3. Santan korang asingkan pati dia. pati korang amik yang atas sekali, tu kalau korang guna santan perah sendiri la. kalo satan kotak korang tambah air. Tips : Nak kuah lemak korang x pecah minyak korang amik pati dia, korang letak last sekali. kalau santan kotak xpayah memang dah pati.
4. Blend lada kecil, bawang, isi ikan, serbuk kunyit dan Tempoyak. Kalau korang nak letak tempoyak macam tu aje pon boleh. Kalo aku suka blend baru die sebati. Korang blend dengan santan taw dan kalau korang nak tukar ikan tu kepada ikan bilis pon ok.
5. Then korang isi dalam periuk dan masukkan pucuk ubi yang korang celur tu. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
6. Last sekali korang letak pati santan yang korang asingkan tadi. Kemudian korang gaul perlahan dan angkat. Jangan sampai mendidih nanti pecah minyak.
7. Boleh hidangkan. Selamat mencuba
Pucuk ubi dekat kampung memang banyak.
yang tak kenal inilah pucuk ubi ye. hehe
proses mencelur
angaran 5-7 minit celur. Kalau tak celur nanti
korang makan sekali dengan getahnye
simple je bahan-bahan nak masak
cuma isi ikan dan serbuk kunyit je xsempat nak snap
lepas blend masuk dalam periuk dan
masukkan sekali pucuk ubi tadi
gaul-gaul kan supaya sebati
masukan garam
masukan ajinomoto
ni pati santan
agak-agak dah mendidih korang kena kacau,
jangan bagi mendidih sangat
masukan pati santan tadi
lepas masukan pati korang kacau perlahan dan jangan
sampai mendidih.lepas tu bolehlah angkat
SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan