NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

28/11/19

MAKAN MALAM SEDAP AREA MERSING

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Sekian lama tidak menaip artikel dalam blog ini. Maklumlah sibuk sehingga terlupa buat beberapa bulan ini nak kongsi cerita. So banyak benda nak cerita, dan semuanya tertunggak. Jadi dikesempatan ini aku nak share makan apa yang sedap area Mersing Johor.

Kepada yang singgah bermalam di Mersing dan tak tahu nak makan apa, sini aku ada sedikit review untuk kalian. Selalu nasi lemak kita akan makan pada waktu pagi. Tapi kali ini korang boleh menikmati makanan sarapan itu sehingga lewat malam.

Lokasinya sebelah jambatan mersing. Kiranya seberang jalan kalau dari KFC. Aku pernah makan dulu nasi lemak ni. Tapi lama sudah tidak singgah makan dekat sini. Jadi malam ini aku tergerak hati nak makan. Fuh! patut dekat sini ramai orang, sebab nasi lemak dia sedap woo.

Mula-mula aku cuba makan satu, tetapi macam tak cukup. So aku tambah lagi satu. Sebab apa jadi sedap, sebab kombinasi nasi dan sambal dia sedap dan ditambah pula dengan telur mata. menjilat jari.

Menu utama kedai ini ialah Nasi Lemak Ayam dan Telur. Jadi aku makan pada waktu malam, lebih baik aku amik nasi lemak telur. Berharap kalorinya tak banyak. Kalau korang nak makan masakan lain pon ada, goreng-goreng. 

Jadi aku harap review aku bermanfaat buat siapa yang membacanya. Gambar dibawah bukti bahawa pengunjung dia ramai setiap malam dan warga cina juga turut meminati masakan disini. sekian Terima Kasih




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes