NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

30/11/19

MENATE STEAK HOUSE

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua yang lalu page aku. Enteri kali ini aku nak share tentang makanan berasaskan daging/steak wagyu paling sedap aku pernah rasa. Aku bukan nk promote sangat kedai ni, sebab populariti kedai ni lagi tinggi dari populariti blog aku. Haha

MENATE STEAK HOUSE famous dengan makanan ala barat seperti steak, lamb, spaggethi, salmon dan sebagainya. 

Apa yang aku nak share dengan korang adalah berkaitan dengan rasa daging wagyu dia. Korang kenalkan dengan wagyu ni.Ia adalah antara daging termahal di dunia kerana keenakan dagingnya yang lembut bila dipanggang. Fuhh.. Maklumlah daging dia berasal dari lembu yang dijaga dengan baik dan diberi makan dengan rumput yang segar.

Sehingga Nov 2019, adalah kali ke-3 aku makan menu yang sama di restaurant ini. Bukan bermakna menu lain tak sedap atau tak menarik minat aku. Aku ada dua sebab kenapa aku pilih menu sama.

 I. Daging mahal dan tak mampu nak oder menu lain. Air pon amik yang refill saja.
2. Aku spend duet semata - mata nak makan daging ini saja.

So, say sorry to menu lain. Maybe kalau aku dah jemu dengan menu sama, aku akan oder menu lain.

Mahal- mahal pon berbaloi. Kalau korang oder steak make sure korang bole hadam kalau oder masakan RARE. First time aku makan dekat sini aku try Medium Rare. Pergh.. Rase dia rare lah. Lepas tu rasa mual pulak. Iyalah dia kira suku masak saja. Maybe ada orang sanggup makan Rare.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes