NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

22/03/20

CARA LOGIN GOOGLE CLASS ROOM DAN JOIN CLASS

Perkongsian cara nak log masuk ke google classroom buat student SMK TEKEK 2020. Yang mana terlintas ke blog saya dipersila menggambil ilmu untuk students kita yang disayangi.

Bismillah. To all my students, sini cikgu nak ajar cara login google classroom dan join class saya. Memandangkan kerajaan perintahkan berkurung sehingga 31 march, so kita manfaatkan penggunaan google classroom.

Ada 2 options cara nak buka google classroom. 

i. Login dalam " Google "
ii. download dalam play store.

So, pilih mana satu. Dalam enteri ini cikgu ajar cara login menggunakan google. Senang dan mudah. Xperlu beratkan phone awak yang sudah berat tu.


1. Buka google and type 'google classroom'. Goggle kalo awak tak tahu awk boleh tanya adik awak. Awak taip je kat google tu  " google classroom".

sila klik -->   Goggle Classroom


2. Klik 'google classroom' pada searching google awak tu. Awak akan jumpa page ni dan klik button biru tu.

sila klik page google classroom



3. Bila dah klik button biru tu, awak akan jumpa page ni. So, masukan username yang saya beri.  

Contoh : m-9211117@moe-dl.edu.my


4. Bila dah masukan username awak akan diminta masukkan password. So masukkan password yang saya bagi tu .

contoh : SM75457766w



5. Awak akan jumpa macam ni. Nampak tak simbol   " + ". Klik simbol tu untuk join class, bila join kelas baru awak akan masuk kelas saya.


6. Kemudian masukan COD classroom saya.

untuk kelas 4a awak punya password : l4k4rlk
untuk kelas 1a awak punya password : dvmn7ow

jangan masuk kelas orang, nak masuk xde masalah tapi menyibuk je.


7. Last sekali awak akan jumpa macam ni. So awak boleh bukak nota,latihan, dan sebagainya yang saya beri.





selamat mencuba 
dari cikgu Paan

untuk lover student form4 dan form 1
love u all



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes