YBhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Kisah seorang negarawan terulung sangat menarik. 10 Julai 2025 genap usia Tun Dr Mahathir Mohamad mencapai 100 tahun. Perjalanan yang panjang penuh dengan cerita. Bukan mudah untuk usia 100 tahun masih boleh memandu kereta dijalan raya, mempunyai penglihatan yang jelas, percakapan yang terang dan minda yang masih seperti orang muda. Kagum aku sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai seorang tokoh yang harus kita hormati dan sanjungi walaupun berbeza pandangan politik. Jasa Tun kepada negara harus kita sanjung.
Tun melalui kehidupan panjang yang merentasi zaman perkembangan Malaysia dari sebelum merdeka sehingga selepas merdeka. Malah usia Tun lebih tua daripada usia Malaysia.
Bayangkan Tun dilahirkan pada tahun 1925, pada ketika itu Malaysia masih dibawah jajahan british. Pada ketika itu, negeri-negeri Melayu sudah berada dalam kelompok negeri-negeri Selat, negeri-negeri Melayu bersekutu dan Negeri-negeri melayu tidak bersekutu.
1. Perang Dunia kedua
Kelahiran Tun berada selepas 7 tahun perang dunia pertama (World War I) berlaku. Tun melalui zaman perang dunia kedua ( world war II) di eropah dan di Asia Pasifik. Perang dunia kedua di eropah berlaku pada 1939 iaitu Tun berusia 11 tahun ketika itu. Kemudian pada perang dunia kedua di Asia Pasifik yang berlaku sekitar tahun 1941 - 1945, usia Tun pada masa itu sudah mencapai 16 tahun. Peristiwa penjajahan Jepun di tanah melayu menjadi saksi dimata Tun pada usia 16 tahun.
2. Zaman Bintang 3
3. Zaman British Military Administration
Selepas pendudukan jepun dan penguasaan Bintang 3 selama 14 hari, Tanah melayu dikuasai oleh British dengan memperkenalkan pemerintahan bercorakkan tentera yang dikenal_i sebagai BMA. Tun berada di zaman ini ketika usia 20 tahun.
4. Zaman Malayan Union
Tun adalah orang yang menyaksikan peristiwa yang penuh bersejarah di tanah air Malaysia dimana Tanah Melayu cuba dijadikan sepenuhnya jajahan British. Pada ketika ini usia Tun baru mencapai zaman remaja iaitu 21 tahun. Tahun ini adalah tahun yang paling getir buat pembentukan Malaysia. Kerana zaman ini menjadi titik permulaan kepada penjajahan baharu.
5. Zaman Persekutuan Tanah Melayu
6. Zaman Kemerdekaan
31 ogos 1957 merupakan detik bersejarah Malaysia dengan mencapai kebebasan secara penuh oleh British.
7. Pembentukan Malaysia
Tun juga menjadi saksi kepada pembentukan Malaysia pada 16 september 1963 dan Tun juga menjadi saksi kepada pemisahan singapura daripada Malaysia. Peristiwa pembentukan Malaysia usia Tun ketika itu 38 tahun.
Kesimpulanya, Tun adalah insan yang sangat bertuah dalam dunia ini kerana dapat menyaksikan Malaysia dari sebelum merdeka kepada Malysia merdeka dan Malaysia maju. Bahkan Tun masih hidup pada tahun 2025 yang sudah mencapai usia 100 tahun.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan