Pulau Tioman merupakan sebuah pulau peranginan yang popular dikalangan para penyelam. Keindahan terumbu karang yang berwarna-warni memukau para pelancong. Pulau Tioman diwartakan sebagai pulau Taman Laut yang melindungi pelbagai spesis hidupan laut. Namun pulau ini bukan sahaja kaya dengan khazanah laut, tetapi mempunyai keistimewaan hidupan didalam hutan yang sangat kaya.
Pulau Tioman mempunyai keluasan hutan yang menyimpan pelbagai khazanah hidupan hutan seperti spesis tumbuh-tumbuhan dan spesis haiwan dan serangga.
Kali ini, saya nak kongsikan pengalaman melihat sendiri bunga terbesar didunia iaitu Rafflesia atau dikenali sebagai bunga pakma. Hutan di pulau Timan juga menyimpan spesis rafflesia yang dikenali sebagai Tiomanesis Rafflesia . Spesis ini hanya didapati dipulau tioman sahaja.
Untuk melihat bunga ini, anda perlu menggunakan khidmat guider untuk kesini. Mereka menawarkan beberapa pakej menarik termasuk jugle walk. Disini juga anda akan menjumpai empat jenis spesis Chameleon.
Tioman juga menyajikan keindahan alam kepada pencinta Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan