NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

14/05/20

CARA MEMBUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS

Assalamualaikum dan salam Ramadan buat semua pembaca artikel saya yang x seberapa ini. Ramadan kali ini berkesempatan berpuasa bersama ibu dan bapa. Bertapa bersyukur kita bila Ramadan kita bersama mereka. Bukan apa, terfikir kalau suatu hari raya with out them.

Ok. kita continue resepi bonda saya iaitu Tepung Bungkus. Aku just share apa yang my mom buat. Tak tahulah maybe tempat lain dia buat lain. Aku rasa yang tepung bungkus ini antara kuih yang hot lah juga di pasaran. Nak buat takde lah susah sangat. Just Follow my step.

Dibawah aku share apa barang yang perlu korang sediakan.

Bahan-Bahan 

Adunan Kulit

1. Santan
2. Tepung Beras
3. Tepung Pulut
4. Garam


Inti Kelapa

1. Kelapa Muda
2. Gula Merah
3. Daun Pandan
4. Gula Pasir

Bahan-bahan lain

1. Daun Pisang
2. Periuk untuk kukus ( kena cakap ni, kang ada yang tak tahu nak masak macam mana )


Step pertama :

1. Kita sediakan inti kelapa. Caranya mudah, kita kena guna kelapa muda sebab texture dia lebih sedap depend yang tua. so, kukur dulu buahnya.

2. Kemudian campurkan kelapa, gula pasir, gula merah dan daun pandan. Kacau sampai lembab-lembab gitu. Bila texture lembab tu kira dah siap boleh sejukkan untuk step kedua.

Step kedua :

1.Untuk resepi ni aku gunakan dua adunan. Satu adunan tepung pulut dan satu adunan tepung beras.

2. Untuk adunan tepung pulut, just gaulkan tepung pulut dengan air. Macam kita buat buah melaka. Tak lebik dan x keras sangat.

3. Adunan tepung beras pula, masakkan tepung beras dengan santan sehingga menjadi kenyal-kenyal.

Step ketiga :

1. Ambil sedikit adunan tepung pulut, gentelkan dengan inti kelapa. Macam kita buat buah melaka tu.

2. Sediakan daun pisang kemudian letakkan sedikit adunan tepung beras diatas daun pisang, kemudian letakkan adunan tepung pulut yang sudah di gentel dengan inti kelapa tersebut diatas adunan tepung beras.

3. Kemudian salut semua adunan tadi dengan tepung beras. Kalau agak complicated sangat, boleh tengok gambar yang aku share.

4. Cara bungkus pun ada caranya.

Step keempat : 

1. Setelah selesai membungkus, kita pergi kepada step mengkukus.

2. Kadar masa kukus adalah 5 - 7 minit sahaja. Lepas tu bolehlah hidangkan.



adunan beras
adunan tepung beras yang sudah dimasak dengan santan

Beginilah rupa tepung bungkus yang telah siap dibungkus


adunan tepung pulut yang siap di gentel dengan inti kelapa di dalam

Rupa kedua-dua adunan dicampurkan 

inti kelapa
Inti kelapa yang siap dimasak


Adunan tepung pulut

Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes