Assalamualikum dan salam sejahtera. Entri kali ini saya nak kongsikan cara memproses buah Mulberry menjadi air cordial dan Jem. Pokok Mulberry merupakan pokok yang boleh hidup dalam iklim yang panas. Jadi sangat sesuailah kalau kita jadikan pokok ini sebagai tanam utama di halaman rumah kita. Saya hanya menanam lebih kurang 10 pokok sahaja. Namun penjagaan yang elok akan menghasilkan buah yang banyak.
Untuk pokok Mulberry ini kita dapat hasilkan dua jenis hidangan iaitu Jem dan Air Cordial. Bahkan kita bole perluaskan peniagaan air mulberry ke seluruh negara. Saya pernah baca satu artikel kisah di luar negara, dimana seorang pemuda menjadi kaya hanya kerana menjual jem buah-buahan. Tapi mugkin tidak di Malaysia, sebab jem bukan makan rutin harian kita. Tapi why not kita komersial jem mulberry buatan Malaysia.
Disini saya akan terangkan bagaimana menghasilkan air cordial daripada buah Mulberry. Pertama, kita perlu pilih buah yang sesuai. Buah peringkat yang pertama berwarna merah pekat dikira sudah masak dengan texture lebik dan manis. Buah peringkat kedua warna merah dan texture kurang lembik dan rasa masam-manis. Peringkat yang ketiga merah cair, yang ni texture agak keras dan rasa masam. Peringkat yang keempat berwarna hijau dan texture keras. Pilihan buah yang terbaik adalah peringkat pertama, kedua dan ketiga. Walaupun peringkat ketiga agak masam tapi bila dia bersatu akan menjadi manis.
Hasil tuaian Mulberry. Tak sampai sekilo pun. |
Seterusnya, setelah menuai buah tersebut, kita rendamkan dengan air yang berisi garam bagi mematikan kuman yang terdapat pada buah. Kemudian bilas sehingga bersih. Apabila selesai buah tersebut kita mesti rebus dan ditambah dengan gula ( mengikut kesesuaian kuantiti dan citarasa anda). Ada dua cara memproses buah untuk dijadikan jus/air cordial. Yang pertama dengan cara merebus dan yang kedua mengisar ( mixture ). Apa bezanya ? Bezanya bila kita kisar, dia tak tahan lama dan rebus kita bole simpan dalam peti sejuk.
Apabila merebus, pastikan api tidak terlalu kuat kerana ia akan hangus. Jadi perlahankan api dan kacau perlahan. Nanti korang akan lihat warna di sangatlah cantik apabila sudah mendidih. Agak-agak air sudah kurang dan buah sudah lembik, bolehlah padamkan api dan biarkan dia sejuk. Apabila sejuk, kita kisarkan buat tersebut supaya texture betul - betul hancur. Kemudia tapiskan hasil kisaran tersebut untuk mengasingkan air dengan biji dan hampas. Hampas tu jangan buang, kita boleh gunakan dan jadikan sebagai jem.So boleh simpan dalam peti. Maka, setelah itu terhasilah air cordial/paste buah Mulberry kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan