ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera dan selamat malam. Malam yang indah dan nyaman ini membuatkan aku terasa pula nak berkongsi kepada sesiapa sahaja yang terjumpa artikel ini .Ini sekadar perkongsian kita bersama dan berdasarkan pengalaman aku. Aku belajar hampir 16 tahun dari Tadika samapailah belajar di Universiti dan banyak pengalaman dan kawan yang aku jumpa.
Hari ini aku nak fokus kan tajuk Kawan. Macam - macam perangai kawan yang aku jumpa selama hidup aku. Suasana semasa aku belajar di tinkatan 6 dengan Universiti adalah sangat jauh berbeza, tapi satu hal yang sama adalah perangai kawan. Aku bukan nak mengumpat malam - malam tapi sedikit terkilan dengan sikap kawan - kawan . Memang bukan mudah to be a best friend . Namun sekurang - kurang kita usaha ke arah tersebut .
Perangai yang aku nak bincangkan hari ini adalah kawan yang menggunakan kita atas kesempatan dia . Agak - agak paham ke apa yang aku maksudkan ini . OK aku terangkan , kawan seperti ini ciri - ciri nya adalah bila kita minta tolong die ada sahaja alasan dia bagi , tapi bila die minta tolong kita aku bole jawab "ok je " . Banyak kali aku perhatikan saja perangai die , at least perkara remeh pon tolong la kan . Kadang - kadang aku minta kecil je .Tapi ada alasan juga . Inikan pula kalau aku ajak pergi beli barang lagi lah tak mahu . Aku boleh je terima perangai dia macam nie. Tapi kalau dah over run sangat sapa boleh terima .
Bak kata pepatah "orang berbudi kita berbahasa" . Kalau kita boleh minta tolong dengan kawan apasalahnya kita tolong kawan jika diminta . Cermin diri dahalu . Jangan asyik penting kan diri dengan kerja sendiri .ok Itu sahaja luahan hati hamba dimalam buta ini . sekian tQ .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan