Assalamualikum, dan salam sejahtera kepada semua yang singgah ke laman blog aku yang tak seberapa ini.
Cerita ini adalah pengalaman aku semasa menjalankan tugas sebagai MMK UKLK. Secara jujurnya,inilah pengalaman kali pertama aku jejak ke rumah anak yatim dan orang miskin. Lokasinya di Rumah Anak Yatim dan Orang Miskin Nur kasih Taiping Perak. Sudah sekian lama menyimpan niat berkunjung kerumah ini tetapi tiada kesempatan.
Akhirnya tercapai juga hasrat ku ini. Kenakalan anak-anak biasa la dimana - mana pon sama . Mula - mula sampai agak teruja dan sedih melihat mereka yang hidup tidak sama seperti anak yang lain . Namun apabila berkenalan dengan mereka ada yang masih mempunyai mak dan ayah namun kemiskinan menjadi punca mereka disini. Ada juga yang tiada kedua - duanya. Namun apakan daya hanya nasihat dan bimbingan buat anak - anak ini tabah dan berkongsi kasih sayang sebagai orang yang dewasa. Kanak - kanak seperti ini masih belum tiba masanya untuk berfikir masa depan namun hanya kasih sayang diperlukan mengubati hati yang lara.
Saat meninggalkan anak - anak ini perasaan sedih mula mengambil alih dan terharu ketabahan anak - anak ini dalam mengharungi kehidupan disebuah asrama. Namun ketabahan Penjaga runah anak yatim ini juga harus diberi penghargaan kerana tanpa mereka mungkin anak - anak ini tiada di rumah ini . Aku harap anak - anak dirumah Anak yanti Nurkasih sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki . Amin .
Kenangan yang tidak mungkin dilupakan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan