Feri ke Pulau Tioman. Enteri kali ini aku nak share dengan pembaca semua tentang feri pengkutan ke Pulau Tioman. Untuk ke Pulau Tioman ada dua tempat utama untuk ke sini. Pertama melalui Jeti Mersing, Johor dan kedua melalui Jeti Tanjung Gemok Pahang.
Kalau naik kereta?
Untuk suggestion kepada semua yang datang dari selatan Semenanjung Malaysia, iaitu Johor, Melaka, singapore dan Negeri Sembilan you all boleh guna Jeti Mersing Johor. Manakala yang datang selain dari Selatan Semenanjung boleh guna Jeti Tanjung Gemok Pahang. Namun diingatkan Jeti Tanjung Gemok akan berhenti operasi pada bulan pertengahan bulan November, Disember dan bulan Januari. Pada bulan Febuari hingga November akan beroperasi seperti biasa. Hal ini kerana keadaan pada bulan November hingga Febuari adalah Monsun Timur. Tetapi Jeti Mersing beroperasi sepanjang tahun dan ada ketikanya pada musim Monsun feri tidak dapat beroperasi untuk beberapa hari sahaja.
Macam mana kalau naik Bas?
Jika anda ingin menaiki Bas dari Terminal Bersepadu Selatan ( TBS ), anda boleh menaiki Bas TBS - Mersing atau TBS - Tanjung Gemok. Anda boleh memilih bas samaada TBS terus ke Mersing atau Tanjung Gemok. Jika anda menaiki bas TBS - Mersing anda boleh minta dengan pemandu bas untuk turun di Tanjung Gemok. Antara bas yang tersedia seperti Tranasional, SS Internasional dan Sepakat dan satu lagi bas yang hanya bergerak dari TBS -Tanjung Gemok iaitu Bas Sanwa. Hope Jelaslah ye.
Kemudahan Jeti Tanjung Gemok dan Jeti Mersing ?
Tanjung Gemok - Yang pertama kemudahan penginapan, in case kalau anda perlu menginap disini ada disediakan hotel. Paling dekat Hotel Tanjung Gemok, 2 minit je jalan kaki ke Jeti. Kedua dekat sini ada kedai makan mamak 24 jam. Kalau-kalau anda sampai awal bolehlah layan mamak dulu. 7 eleven pun ada. Dekat sini tak ada stesen bas, hanya bas Sawna saja yang berhenti dekat sini. So kalau naik bas sawna kena beli siap-siaplah ticket return back. Time table die pon fix. Tak ada pilihan la.
Mersing - Dekat sini banyak kemudahan yang diperlukan dan semuanya dekat je. Ada hotel, kedai makan, 7 eleven, dobi dan macam-macam lagi ada. Kalau dekat sini banyak jenis bas dan banyak masa yang ada. So, kalau anda tak sempat beli ticket bas return jangan risau dekat sini banyak pilihan.
Naik Feri apa?
Tanjung Gemok - Dekat sini ada dua pilihan feri. Pertama Bluewater dan kedua Cateferry. Bluewater/gemilag/bistari/ wawasan nama lain-lain tapi company yang sama. So harga dia RM 35 satu perjalanan. Kalau nak beli boleh terus beli dekat Jeti atau online. Better beli direct la. Sebelum tu make sure you all refer jadual perjalanan feri untuk bulan yang you all nak pergi. Nak dapat jadual dia you all taip je dekat google/ facebook nanti ada la tu keluar. Cateferry pula, you all kena beli online. Taip je dekat google Cateferry Tioman. Lepas beli print sekali ticket tu. Harga paling murah boleh dapat rm 5 dan paling mahal rm 70 - rm 100. Harga dia macam you all beli ticket Flight. Ada rezeki boleh dapat murah. Kalau mahal pandai you all pilih yang mana nak naik.
Mersing- Aku tak sure samada Cateferry beroperasi ke belum dekat sini.Tapi yang sure dekat sini ada Feri Bluewater. Harga sama RM 35 satu perjalanan. Tiket boleh beli di kaunter di bangunan Mersing Harbour Center.
Feri Bluewater Wawasa
Feri Cateferry
Feri Bluewater Gemilang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan