Enteri kali ini adalah tentang Taman Laut Malaysia ( Marine Park ). Untuk pengetahuan semua Taman Laut ini merupakan sebuah Jabatan kerajaan dibawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab memantau keselamatan dan persekitaran taman - taman laut yang diwartakan di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan, Laut Suawesi dan Laut Sulu yang termasuk dalam perairan Malaysia.
Taman Laut Malaysia dilindungi kerana ia bertindak sebagai zon penampan yang mengekalkan dan memastikan sumber ikan negara tidak merosot serta mampu menggalakkan aktiviti pelancongan dan penyelidikan. Taman laut merupakan salah satu pusat utama sumber genetik kehidupan di mana kawasan terumbu karang merupakan zon Biodiversiti paling tinggi.
Akta Perikanan 1985 menetapkan sebarang kegiatan penangkapan ikan di sekitar kawasan dua batu nautika dari pulau atau kawasan yang diwartakan sebagai taman laut adalah dilarang.
sumber: Wikipedia
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di bawah seliaan Taman Laut Malaysia, ini bermakna pelbagai aktiviti laut dilarang sama sekali. Pusat Taman Laut Tioman berpusat di Kampung Tekek.
Kedudukan Pusat Taman Laut Pulau Tioman adalah Utara Kampung Tekek dan bersebelahan dengan Kampung Air Batang. Jadi, jika anda memilih penginapan di Kampung Tekek dan Air Batang (ABC) adalah sangat baik kerana mudah untuk anda ke sana. Jika anda tinggal di Kampung Juara anda memerlukan kenderaan seperti four way drive atau motorsikal untuk kesini. Jika anda dari Kampung Salang, Paya , Genting atau Mukut anda perlu mencari bot sewa untuk sampai ke sini.
Berikut adalah gambar - gambar sekitar Pusa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan