NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

30/01/19

SENARAI TENGKU MAHKOTA, RAJA MUDA DAN PEWARIS TAKHTA

Pewaris takhta Kerajaan Melayu bergelar sebagai Raja Muda di Kedah, Perak, Selangor dan Perlis. Manakala Tengku Mahkota di Negeri Pahang, Johor dan Kelantan. Bagi Negeri Terengganu di gelar sebagai Yang Dipertuan Muda. Negeri Sembilan tiada perwaris takhta yang khusus kerana Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dipilih daripada Putera Yang Empat iaitu YAM Tunku Besar Seri Menanti, YAM Tunku Laxmana, YAM Tunku Muda Serting dan YAM Tunku Panglima Besar. Hari ini, jawatan tersebut disandang oleh YAM Tunku Ali Redhaudin ibni DYMM Tuanku Muhriz sebagai Tunku Besar Seri Menanti, YAM Tunku Naqiuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Tunku Laxmana, YAM Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Tunku Muda Serting dan YAM Tunku Nadzaruddin sebagai Tunku Panglima Besar.

Manakala perwaris takhta bagi negeri Pahang, Johor, Kelantan, Kedah, Selangor, Perlis dan Terengganu dipilih oleh Sultan dikalangan anak sulung lelaki baginda. Namun, jika baginda Sultan atau Raja tidak mempunyai anak lelaki, Baginda akan melantik adinda baginda sebagai pewaris takhta Kerjaan. Hal ini dapat dilihat apabila Baginda Sultan Kelantan tidak memilik anak lelaki, maka Baginda melantik adinda baginda itu Tengku Muhamad Faiz Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan. 

Begitu juga di Kedah Baginda Al Marhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah juga melantik adinda baginda sebagai Raja Muda Kedah iaitu Tengku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah sebagai Raja Muda Kedah. Tetapi baginda Raja Muda Abdul Malik telah dijemput ilahi terlebih dahulu, dalam masa yang sama Baginda Sultan Abdul Halim melantik adinda Tengku Anwar memperngerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah semasa Sultan Abdul Halim menjadi Yang Di Petuan Agong ke-14. Tengku Anuar juga dijemput Ilahi terlebih dahulu. Apabila tamat tempoh Sultan Abdul Halim menjadi YDPA maka, baginda melantik adinda baginda iaitu Sultan Salehuddin sebagai Raja Muda. Dan apabila baginda mangkat Sultan Sallehudin menaiki takhta kerajaan Kedah dan melantik anakda baginda Tengku Sarafudin sebagai Raja Muda Kedah.

Bagi Negeri Perak pula pewaris takhta adalah diantara tiga keluarga besar diraja perak. Baginda Sultan akan menaiki takhta sebagai Sultan apabila menaiki menjadi Raja Muda. Raja Muda dilantik dari jawatan Raja Dihilir. Jadi seorang sultan akan melalui beberapa peringkat sebelum menjadi Sultan. Kini Raja Muda kini adalah Raja Jaafar ibni Raja Muda Musa. Jadi perwaris takhta kerajaan Perak adalah Raja Muda Jaafar ibni Raja Muda Musa.

Bagi Negeri Pahang menyaksikan permasyuran Sultan Pahang yang baharu iaitu Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa ibini Sultan Ahmad Shah al Musta'in Billah bagi menggantikan ayahda baginda yang sedang gering. Jadi baginda Sultan berkenan melantik anakda baginda yang berusia 23 tahun Tengku Hassanal Alam Shah sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu dan menjadi Pemangku Sultan Pahang kerana baginda Sultan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15.

Raja Muda Selangor adalah Tengku Amir Shah merupakan putera sulung baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tengku Amir shah ditabalkan sebagai Raja Muda Selangor pada 8 Oktober 2016 yang lalu.





TENGKU MAHKOTA PAHANG
TENGKU HASSANAL ALAM SHAH IBNI SULTAN ABDULLAH



TENGKU MAHKOTA KELANTAN
TENGKU MUHAMMAD FAIZ PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA



YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU
TENGKU MUHAMMAD ISMAIL IBNI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN


TENGKU MAHKOTA JOHOR
TENGKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM




RAJA MUDA JAAFAR IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA






TENGKU 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes